Tudung Bawal
Wah, Cantiknya Awak! 7 Koleksi Tudung Labuh Yang Patuh Syarak
Tudung labuh atau hijab adalah salah satu cara menutup aurat bagi wanita muslimah sejak dulu lagi.
Kini, pemakaian hijab seakan hipster atau moden menjadi satu trend yang besar dalam kalangan remaja di Malaysia.
Syarat sebenar dalam menutup aurat adalah melabuhkan kain sehingga menutupi dada namun ianya berlaku sebaliknya pada zaman kini.
Namun kini, para wanita di luar sana sama ada yang ramaja, dewasa mahupun berusia mampu untuk kelihatan cantik dan menarik dengan menutup aurat kerana terdapat pelbagai jenis koleksi tudung labuh patuh syarak yang dijual di pasaran.
Secara tidak langsung mereka akan kelihatan menarik dan cantik untuk dipakai setiap hari.
Seperti peniaga – peniaga yang lain, Needa Collection menyediakan pelbagai jenis koleksi tudung labuh exclusive yang boleh dipakai oleh semua lapisan wanita di Malaysia dan koleksi yang dihasilkan kesemuanya mengikut trend masa kini dan sedap mata memandang.
Ianya mudah didapati di sosial media seperti di Instagram, Facebook dan laman web rasmi Needa Collection sendiri.
Berikut merupakan 7 koleksi tudung labuh patuh syarak yang akan menarik minat anda!
Tudung labuh instant (berdagu)
Tudung labuh instant berdagu menjadi pilihan wanita diluar sana yang sibuk dengan tugas harian mereka.
Namun ada juga wanita yang berusia khususnya golongan yang sudah berpencen memilih untuk memakai tudung seperti ini kerana bagi mereka mudah untuk dibawa solat dan selesa untuk dipakai. Ianya juga digunakan untuk ibadah haji atau umrah.
Tudung labuh instant (tidak berdagu)
Tudung labuh instant dan tidak berdagu menjadi pilihan yang sama oleh wanita yang sibuk dengan tugas mereka sebagai doktor mahupun guru.
Namun, tudung seperti ini tidak mempunyai bahagian dagu untuk menutupi bawah dagu dan ianya agak kurang sesuai untuk digunakan ketika solat atau mahu mengerjakan ibadah umrah atau haji.
Tudung labuh bawal
Tudung labuh bawal antara menjadi pilihan para pelajar sama ada di sekolah menengah mahupun di universiti kerana harganya berpatutan dan selesa untuk dipakai. Bahkan, ianya terdapat dalam pelbagai jenis kain antaranya chiffon dan kapas.
Tudung jenis bawal ini juga mempunyai pelbagai jenis bidang antaranya bidang 50, bidang 60 dan bidang 65.
Tudung labuh shawl
Antara yang menjadi pilihan para gadis masa kini yang ingin bergaya dan dalam masa yang sama ingin mematuhi syarak.
Tudung labuh jenis shawl dan ianya antara produk yang sering dipasarkan oleh peniaga – peniaga tudung di Malaysia. Kebanyakkan tudung labuh jenis shawl ini terdiri daripada jenis kain chiffon kerana ianya ringan dan kelihatan beralun ketika dipakai.
Tudung labuh instant shawl
Sama seperti tudung labuh jenis shawl, instant shawl pula memberi kemudahan bagi para wanita di luar sana yang kekurangan masa tapi dalam pada masa yang sama ingin kelihatan menarik ketika di luar atau di tempat kerja.
Instant shawl kebanyakkan sudah siap dijahit dan ianya hanya perlu disarungkan sahaja di kepala tanpa perlu menggunakan pin yang banyak.
Tudung labuh khimar
Menjadi trend terkini dengan penggunaan tudung labuh jenis khimar. Ianya mula dipasarkan sejak tahun 2016 lagi di mana tudung labuh khimar ini akan menutupi badan wanita sehingga ke paras punggung namun ianya kelihatan ayu dan anggun buat si pemakai ketika memakainya.
Ianya disebabkan oleh faktor bentuk rekaan yang mempunyai 2 atau 3 lapisan.
Tudung labuh telekung
Tudung labuh telekung telah dipopularkan di Malaysia atas faktor ingin memudahkan para Jemaah haji dan umrah untuk beribadah tanpa perlu membawa beg telekung.
Bahkan, ianya telah menjadi pilihan untuk dipakai di Malaysia kerana keselesaan dan mudah untuk dipakai. Kebanyakkan tudung labuh telekung ini terdiri daripada jenis kain crepe, kain yang sejuk.
Demikian tadi adalah di antara 7 koleksi yang cantik dan selesa untuk dipakai serta dalam pada masa yang sama ianya mematuhi syarak islam dalam menjaga aurat seorang wanita.
Kecantikan sebenar seorang wanita itu adalah daripada kecantikan dalamannya dan alangkah indahnya jika kecantikan tersebut dijaga dengan begitu rapi tanpa perlu merosakkannya.
P.S Anda sedang mencari tudung labuh patuh syarak? Dapatkan secara online di laman web kami hari ini.
Comments are closed