News
Video: Gadis Super Comel Tiru 63 Suara Watak Pokemon
KEGILAAN baru anak muda bermain Pokemon Go telah mencetuskan idea seorang wanita untuk menghasilkan pelbagai suara watak Pokemon.
Kontanun Watanachatwong, gadis comel yang berasal dari Nonthaburi, Thailand ini boleh meniru sehingga 63 suara watak pokemon yang memang comel-comel belaka.
Dari watak yang manja seperti Pikachu sehinggalah yang garang seperti Bulbasaur.
Malah Kontanun boleh meniru suara watak Ekans yang berupa desiran ular. Yang penting mimik mukanya memang sangat selamba ketika cuba membuat bunyi seperti watak-watak Pokemon.
Aksi gadis ini telah menarik perhatian lebih daripada 1.7 juta tontonan dan menerima lebih 10,000 perkongsian daripada netizen di laman Facebook.
Malah sesetengah peminat Pokemon beranggapan jika mata mereka ditutup sekalipun, mereka masih tidak dapat membezakan antara suara sebenar Pokemon ataupun mimik suara gadis ini, disebabkan terlalu sepadan. sumber
Comments are closed