News, Shawl, Tudung Bawal, Tutorial
Jenis-Jenis Tudung Sarung Yang Perlu Ada Dalam Koleksi Tudung Anda!
Siapa kata wanita berhijab tidak boleh tampil cantik dan bergaya? Hari ini hijab sudah menjadi salah satu pelengkap gaya bagi wanita terutama yang sentiasa mengikuti fesyen semasa. Bukan sahaja orang dewasa, trend terbaru berhijab juga turut menjadi perhatian golongan muda. Berbanding tahun-tahun terdahulu, wanita pada masa kini sangat bertuah dalam kepelbagaian pilihan tudung sarung hingga shawl walaupun masih terikat dengan batas syariat Islam.
Social media influencer sama ada di Malaysia atau luar negara juga ramai didominasi oleh mereka yang berhijab, maka tidak hairanlah ramai wanita hari ini memilih untuk menutup aurat mereka, selain memenuhi tuntutan agama.
Pelbagai stail hijab yang ada di pasaran sekarang, termasuk secara online seperti yang dijual oleh beberapa jenama terkenal. Mahu yang simple, bercorak penuh ataupun kosong, semuanya di hujung jari.
Jangan buang masa, jom check artikel kami untuk mengetahui jenis-jenis tudung sarung yang perlu ada dalam koleksi korang!
TUDUNG BAWAL
Fesyen zaman mak-mak kita dahulu kembali mendominasi fesyen berhijab pada hari ini apabila ia diberi nafas baru dalam jenis material, corak dan cara pemakaiannya. Buktinya, ramai wanita di Malaysia memilih fesyen konvensional ini kerana ia mudah dibentuk dan dipadankan dengan pelbagai pakaian. Majoriti menjadikan tudung bawal sebagai tudung favorite sama ada untuk gaya santai, kasual atau formal.
Sama ada dari jenis cotton, satin, silk, crepe atau chiffon, atau dengan corak dan kosong. Bukan itu sahaja, tudung bawal yang biasa dijual bermula RM8 ke RM10 sehelai mampu mencecah sehingga beribu Ringgit jika ditaburi dengan hiasan batu Swarovski. Hebat bukan?
SHAWL/PASHMINA
Pemakaian shawl atau dikenali sebagai selendang juga antara pilihan wanita berhijab pada hari ini. Selain nampak kemas, shawl juga boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti si pemakai. Terdapat banyak tutorial tudung sarung ini di laman sosial seperti Youtube, Instagram dan Facebook untuk dijadikan idea kepada wanita bertudung yang lain. Kalau anda masih ingat stail pemakaian shawl ini antara terawalnya dicetuskan oleh Hana Tajima, seorang penulis blog dan pereka fesyen sehingga menjadi ikutan golongan remaja seluruh dunia.
Seperti tudung bawal, shawl juga dihasilkan daripada kain cotton, satin, silk dan chiffon. Malah ada juga shawl yang tak perlu digosok khususnya shawl arab dan pashmina.
INSTANT SHAWL
Tudung sarung ini direka khas buat mereka yang tidak pandai melilit atau menggayakan shawl namun masih mahu berfesyen seolah-olah memakai shawl. Hanya sarung sahaja, mudah dan pantas! Designnya juga pelbagai, ada 1 layer, 2 layer, 3 layer dan lain-lain.
TUDUNG BER-AWNING LEMBUT ATAU KERAS
Ini juga antara koleksi tudung sarung yang perlu ada. Paling penting, ia mudah dipakai tanpa perlu menggunakan pin. Walaupun ia sinonim dengan golongan wanita yang sedikit berusia, namun tudung jenis ini ternyata menjimatkan masa. Misalnya dalam keadaan terdesak, tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah, maka tudung jenis ini mudah dicapai dan dipakai.
TUDUNG EYELASH
Mula diperkenalkan oleh sebuah jenama tudung popular, ia kini mula menjadi ikutan pelbagai butik kerana ia mampu memberi sentuhan kemewahan kepada si pemakai.
Sama ada bercorak atau kosong, gaya tudung sarung seperti ini sesuai digayakan untuk ke pelbagai acara, termasuk untuk ke pejabat.
Yang penting, dalam pemakaian tudung, pastikan ia memberi keselesaan maksima walaupun dalam mengejar trend dan gaya terkini. Lebih penting, pemakaian tudung juga haruslah tepat dengan tujuannya untuk menutup aurat.
Terpulang kepada apa jenis tudung sarung yang anda suka. Sekiranya anda sedang mencari tudung sarung, anda boleh dapatkannya daripada koleksi tudung instant muslimah kami.
Comments are closed