Shawl, Tudung Bawal, Tutorial
Cara Pakai Tudung Bawal (Yang Simple)
Terdapat pelbagai cara pakai tudung yang kita boleh pelajari. Kali ini tentang cara pakai tudung bawal.
Tudung kini semakin mudah untuk digayakan. Ia boleh digayakan dengan pelbagai cara pakai tudung bawal yang pastinya akan menyerlahkan keayuan si pemakai.
Tudung bawal juga mudah dibentuk kerana ukurannya yang berbentuk segi empat sama. Kebanyakan tudung bawal di pasaran adalah daripada material kain-kain yang berbeza.
Selain daripada mudah digayakan, tudung bawal juga antara tudung yang mempu menghasilkan pelbagai gaya yang menarik.
Ternyata tudung ini menjadi pilihan utama kerana kelainan yang mampu memberikan hasil terbaik buat si pemakai.
Cara-Cara Menggayakan Tudung Bawal
Antara gaya termudah untuk memakai tudung bawal adalah dengan melipat dua tudung bawal itu.
Bahagian dalam hanya ¼ daripada bahagian luar. Tudung akan menjadi bentuk segi tiga, kecil di bahagian dalam dan besar di bahagian luar. Pastikan si pemakai memilih inner yang bersesuaian agar tudung tidak meluncur.
Pinkan tudung bawal di bahagian leher untuk mendapatkan kemasan yang elok.
Bentukkan bahagian awning sekemasnya dan lipat sedikit tudung di bahagian bawah pipi untuk mendapatkan bentuk awning yang kemas.
Pastikan bahagian hadapan tudung mempunyai mempunyai satu bahagian yang pendek dan satu bahagian yang panjang. Ini adalah untuk memudahkan penggayaan tudung bawal ini.
Untuk memastikan tudung kelihatan kemas dan terletak cantik, pinkan bahagian bahu untuk bahagian tudung yang labuh tadi.
Tarik sedikit demi sedikit untuk memastikan tudung kelihatan kemas selepas di pin.
Ini untuk memastikan tudung tetap kemas dan tidak menghalang pergerakan si pemakai tadi.
Tarik bahagian tudung yang lebih panjang dan tarik ke belakang, dan lilitkan sehingga bertemu di bahagian sanggul.
Pinkan hujung tudung yang bertemu bahagian sanggul tersebut.
Pastikan bahagian tudung yang menutupi bahagian hadapan di susun kemas mengikut keselesaan si pemakai.
Pemakai boleh memilih untuk melabuhkan atau menyingkatkan bahagian hadapan tudung bawal ini.
Bahagian tudung yang pendek tadi, cuma perlu ditarik dan dikemaskan sahaja.
Kerana bahagian itu akan menampakkan kelainan pada bahagian hadapan tudung di pemakai.
Pemakai tudung bawal perlu cuba mengerakkan kepala ke kiri dan kanan untuk memastikan tudung bawal yang digayakan tidak menghalang pergerakan dan memberikan keselesaan maksima.
Penggunaan tudung bawal yang semakin menjadi kegilaan ramai menjadikan ramai usahawan berusaha untuk memenuhi permintaan mereka.
Tudung bawal yang bermula dengan size bidang 40 sehingga bidang 60 adalah antara yang paling laris di pasaran Malaysia ketika ini.
Tudung bawal bukan sahaja sesuai digayakan setiap hari. Sesuai untuk majlis-majlis keraian seperti majlis akad nikah, majlis persandingan, majlis khatam al-Quran, hari raya dan sebagainya.
Ini kerana kebanyakan material tudung bawal adalah bersifat kain sejuk. Di mana ianya memberikan keselesaan berpanjangan kepada si pemakai.
Si pemakai tudung bawal juga boleh menyerlahkan tudung mereka dengan penggunaan perhiasan kerongsang yang menarik.
Tudung bawal juga mudah dibasuh dan mudah kering jika dibandingkan dengan tudung-tudung rekaan lain yang ada di pasaran. Malah kini, corak-corak menarik tidak mampu terhitung dek kerana banyaknya permintaan pelbagai corak oleh pembeli.
Seringkali pengguna tudung bawal akan memiliki lebih dari satu helai tudung bawal dari koleksi yang sama. Ini kerana mereka selesa dengan koleksi tersebut dan ingin mempunyai kesemua koleksi warna yang berbeza. Oleh yang demikian, pasaran tudung bawal adalah sangat-sangat meriah pada masa kini di Malaysia.
P.S Sekiranya anda ingin membeli tudung secara online, dapatkan pilihan anda di sini.
Comments are closed