Shawl, Tudung Bawal
7 Tudung Instant Terkini Yang Laku Keras
Tudung instant merupakan antara pilihan tudung masa kini yang menarik dan mudah.
Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah ianya terletak dengan sempurna mengikut raut wajah si pemakai.
Tanpa memerlukan sebarang jarum peniti dan juga kerongsang, tudung instant kelihatan amat cantik dengan sekali sarungan sahaja.
Tudung Instant Muslimah Berdagu Aisyah Exclusive
Tudung Berdagu Aisyah Exclusive adalah salah satu tudung yang trending saat ini.
Bukan sahaja mudah digayakan, tudung ini juga labuh sehingga ke paras perut. Oleh kerana ianya dilekapi bahagian berdagu, ianya juga sesuai digunakan utk menunaikan solat. Warna-warna yang menarik membuatkan si pemakai tampak lebih muda dengan menggayakan tudung ini.
Tudung Aishah Exclusive Tanpa Dagu
Tudung Aishah Exclusive Tanpa Dagu pula sangat sesuai untuk digayakan secara santai dan untuk bekerja.
Motif floral sangat menyerlah apatah lagi dengan pilihan rona warna yang lembut. Si pemakai bukan sahaja kelihatan sopan malah terserlah keayuannya.
Tudung Labuh Muslimah Berdagu Aisyah Exclusive XL
Tudung Labuh Aisyah Exclusive XL adalah pilihan terbaik bagi mereka yang biasa bertudung labuh.
Dengan awning yang lembut seperti koleksi Tudung Instant Aishah Exclusive yang lain, Tudung Labuh Exclusive XL ini sangat sesuai untuk mereka yang biasa menggunakan niqab.
Ia bukan sahaja bahagian dagu tertutup malah material tudung ini sangat sejuk dan ianya sesuai untuk digunakan dalam tempoh yang agak panjang.
Tudung Zinnirah Exclusive
Jika koleksi Aisyah, ketiga-tiga jenis tudung itu bermotifkan floral, berbeza dengan Tudung Zinnirah Exclusive.
Ianya tudung tanpa corak. Pilihan terbaik untuk pelajar universiti dan pekerja beruniform terutamanya mereka yang memilih Tudung Zinnirah yang sesuai digayakan terutamanya sewaktu bertugas.
Tudung Zinnirah juga amat sesuai dipakai oleh mereka yang menggunakan niqab. Si pemakai pasti akan nampak sangat solehah dengan koleksi Zinnirah ini.
Tudung Muslimah Humairah Berdagu
Tudung Instant Muslimah Humairah Berdagu amat sesuai digunakan untuk solat.
Bagi mereka yang kerap berjalan jauh dan bersolak jamak, tudung Instant Muslimah Humairah Berdagu ini adalah pilihan yang tepat untuk menjimatkan masa. Pilihan warna yang lembut pasti menyerlahkan kejelitaan si pemakai tudung ini.
Tudung Instant Muslimah Khadijah Tanpa Dagu
Tudung Instant Muslimah Khadijah Tanpa Dagu adalah tudung tanpa corak.
Ia sesuai digayakan untuk pelbagai aktiviti harian. Material kain yang sejuk beserta awning yang lembut mampu memberikan keselesaan untuk tempoh waktu yang panjang. Selain boleh digunakan untuk aktiviti harian ianya juga amat sesuai untuk anggota beruniform sebagai tudung kerja buat mereka.
Tudung Muslimah Berdagu Zulaikha Exclusive
Tudung Muslimah Berdagu Zulaikha Exclusive juga bermotifkan floral, namun rona warna yang sedikit gelap sangat memberikan keunikan tersendiri.
Tudung ini mampu memberikan serlahan menarik jika si pemakainya menggayakan ianya dengan pakaian yang berwarna cerah.
Tudung Labuh Ekslusif Needa Collection adalah koleksi terbaik bagi mereka yang mencari tudung instant.
Bukan sahaja material kain yang amat sejuk, malah awning lembut yang menjadikan tudung instant ini terletak cantik di wajah si pemakai ternyata salah satu kelebihan dimana tudung instant Needa Collection ini sesuai digayakan pada bila-bila masa.
Dengan kain labuh yang mengikut syarak, ianya juga amat sesuai digunakan untuk tujuan solat. Material kain yang tak perlu digosok adalah pelengkap utama Tudung Labuh Ekslusif Needa Collection ini.
Hanya dengan sekali sarung, anda telah menjimatkan banyak masa untuk tampak ayu dan sopan. Pastinya pilihan terbaik untuk dijadikan peneman harian walau dimana anda berada.
Dapatkan tudung instant pilihan anda hari ini. Layari laman web kami untuk melihat pelbagai koleksi tudung yang patuh syariah.
Comments are closed