Shawl
10 Jenis Shawl Yang Popular Pada Masa Kini!
Kemunculan pelbagai jenis shawl adalah seiring dengan perkembangan fesyen hijab yang terdapat di pasaran. Wanita kini bukan sahaja mahu memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat tapi mahu kekal tampil menawan dengan memakai shawl.
Dengan pelbagai jenis shawl yang terdapat di pasaran, anda boleh bergaya mengikut kesesuaian majlis samada santai atau formal. Namun begitu, tahukah anda jenis shawl yang popular pada masa kini? Pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menggayakan shawl mengikut trend terkini. Berikut merupakan 10 jenis shawl yang perlu ada dalam koleksi anda.
1. Shawl Chiffon
1Shawl chiffon merupakan shawl yang amat popular pada masa kini. Fabriknya ringan serta lembut. Sesuai digayakan dengan pelbagai cara yang menarik dan cantik. Kain chiffon yang ringan akan mencantikkan lagi drape shawl anda. Sangat sesuai digayakan untuk ke kuliah mahu pun berpakaian formal di tempat kerja.
2. Shawl Cotton
Shawl cotton merupakan shawl yang sangat mudah dipakai dan tidak perlu gosok. Anda hanya perlu pin dan lilit. Simple! Amat sesuai bagi anda yang sering mengejar masa dan tidak sempat untuk melilit shawl. Diperbuat dari kapas, jenis shawl ini sesuai dipakai ketika cuaca panas. Selain itu, ia juga sesuai digayakan ketika travel kerana tidak perlu gosok atau risau shawl berkeronyok.
3. Shawl Satin
Bagi anda yang ingin kelihatan glam dan elegan, shawl satin sesuai untuk anda. Dengan fabrik yang tidak jarang, selesa untuk digayakan tanpa kerisauan. Jenis shawl dengan fabrik yang nipis dan jarang boleh menampakkan bahagian leher. Dengan shawl satin, anda boleh bergaya dengan yakin dan selesa. Sangat sesuai digayakan ketika majlis keramaian seperti dinner atau majlis kenduri kahwin.
4. Shawl Glitter
Shawl glitter adalah sedikit berbeza dengan shawl satin. Ianya tidak berkilat seperti shawl satin tetapi mempunyai bling-bling yang boleh menaikkan seri si pemakai. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik, anda boleh pilih shawl glitter mengikut citarasa anda.
5. Shawl Jersey
Lagi satu jenis shawl yang tidak perlu digosok dan mendapat hati gadis-gadis masa kini; shawl jersey! Fabriknya sejuk dan mudah dibentuk. Tidak perlu pin banyak-banyak, sekadar selempang di bahu dan sedia untuk keluar.
6. Shawl Plain
Shawl plain adalah jenis shawl tanpa corak. Sesuai dipadankan dengan baju bercorak atau baju kurung bermotif bunga. Pasti anda akan kelihatan sangat ayu dan manis.
7. Shawl Printed
Terdapat pelbagai jenis shawl printed di pasaran. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, ianya sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.
8. Instant Shawl
Bagi anda yang ragu-ragu untuk melilit shawl atau rasa janggal untuk mencuba gaya baru, instant shawl adalah penyelamat anda. Dengan pelbagai pilihan serta rekaan, anda boleh pilih instant shawl yang menepati citarasa dan gaya anda.
9. Shawl Half Moon
Shawl halfmoon adalah jenis shawl yang mempunyai potongan separa bulat. Ia sedikit berbeza dengan shawl yang biasa dari segi bentuk tetapi boleh digayakan dengan unik. Kebiasaannya shawl halfmoon diperbuat daripada fabrik chiffon samada plain atau printed.
10. Wide Shawl
Shawl jenis ini sangat sesuai bagi anda yang ingin menutup aurat dengan sempurna. Dengan ukuran yang lebih lebar berbanding biasa, wide shawl dapat memastikan bahagian dada dan belakang tertutup dengan rapi. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik dan design, muslimah moden seperti anda dapat bergaya dengan sempurna dan elegan.
Apa yang pasti, pemilihan jenis shawl bukan sekadar mengikut trend, malah juga memenuhi tuntutan agama. Sekiranya anda sedang melayari website tudung shawl online, kami menyediakan pelbagai koleksi tudung instant plain yang beraneka warna.
Leave a reply