Shawl, Tutorial
10 Cara Pakai Shawl Yang Perlu Dicuba Oleh Gadis-Gadis Di Luar Sana!
Dengan perkembangan fesyen terkini, gaya muslimah berhijab juga kian mendapat perhatian. Seiring dengan kemunculan pelbagai platform media sosial, selebriti hijabi popular sering muncul dengan gaya shawl terbaru. Cara pakai shawl terkini juga sering dinanti-nantikan oleh peminat tudung shawl.
Terdapat bermacam-macam cara pakai shawl yang perlu anda cuba. Dari cara pakai shawl yang simple dan cepat sehinggalah cara pakai shawl berkepuk-kepuk. Di sini akan kami kongsikan 10 cara pakai shawl yang anda boleh cuba. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Selamat mencuba!
1. Cara pakai shawl simple
Gaya memakai shawl ini sering digayakan oleh selebriti popular. Sangat sesuai digayakan dengan shawl chiffon atau mana-mana shawl panjang. Caranya amat mudah:
- Shawl sebelah panjang, sebelah pendek. Pin di dagu.
- Ambil bahagian yang panjang, lilit ke belakang leher.
- Kemaskan shawl di bahagian hadapan. Pin jika perlu.
2. Cara pakai shawl basic I
Gaya ini merupakan cara pakai shawl yang paling senang dan sering digayakan oleh gadis masakini. Boleh digayakan dengan apa jua jenis shawl. Caranya ialah:
- Shawl sebelah panjang, sebelah pendek. Pin di dagu.
- Ambil bahagian yang panjang, lilit ke atas kepala.
- Kemaskan bahagian di bawah dagu, tarik dan pin ke telinga.
- Kemaskan bahagian shawl di atas kepala, pin di atas telinga.
- Kemaskan shawl di bahagian bahu. Pin jika perlu.
3. Cara pakai shawl basic II
Cara pakai shawl basic ini adlaah sedikit berbeza dengan gaya #2 tadi. Diinspirasikan dari Belle al-Yahya, ia sesuai digayakan oleh gadis genit bermuka kecil. Caranya seperti berikut:
- Shawl sebelah panjang, sebelah pendek. Pin di belakang leher (berbeza dengan gaya #2).
- Bawa kedua-dua bahagian shawl ke hadapan.
- Ambil bahagian yang panjang, lilit ke atas kepala.
- Kemaskan bahagian di bawah dagu, tarik dan pin ke telinga.
- Shawl di bahagian kepala dikemaskan, pin di atas telinga.
- Kemaskan shawl di bahagian bahu. Pin jika perlu.
4. Cara pakai shawl side loose
Cara pakai shawl loose adalah trend masa sekarang. Caranya amat mudah:
- Shawl sebelah pendek dan sebelah panjang. Pin bahagian yang panjang di sebelah telinga.
- Dari belakang, pusing bahagian shawl yang panjang ke sebelah.
- Tarik bahagian yang panjang ke hadapan.
- Pin bahagian panjang di atas kepala.
- Kemaskan mengikut keselesaan dan pin di bahagian yang loose.
5. Cara pakai shawl loose
Gaya ini juga merupakan cara pakai shawl terkini. Sesuai digayakan dengan jenis shawl lembut. Caranya
- Shawl sebelah panjang dan sebelah pendek.
- Ambil bahagian yang pendek, kemaskan di bahagian muka dan tarik ke sebelah. Pin di sebelah telinga. Kemaskan lebihan shawl.
- Ambil bahagian panjang. Secara longgar, lilit ke belakang leher. Pin di bahu.
- Kemaskan dan pin shawl di bahagian yang loose.
6. Cara pakai shawl fringe
Cara pakai shawl fringe ini sama seperti cara pakai shawl loose I #4. Yang berbeza hanya di bahagian muka. Bahagian shawl yang terjurai di muka, ditarik dan pin di tepi kepala.
7. Cara pakai shawl hoodie
Cara pakai shawl hoodie agak sama seperti cara pakai shawl basic II #3. Yang berbeza hanya shawl di bahagian muka. Bagi langkah 4 dan 5, pin shawl secara longgar untuk style berhoodie.
8. Cara pakai shawl bawal
Gaya ini sama seperti cara pakai shawl #2, hanya berbeza pada bahagian muka. Sesuai bagi anda yang ingin kekal manis dan tampak bergaya. Caranya ialah:
- Di bahagian hujung shawl, lipat jadi bentuk tiga segi (seperti bawal).
- Letak di atas kepala dan kemaskan. Pin di bawah dagu.
- Langkah sama seperti cara pakai shawl #2.
9. Cara pakai shawl half moon
Cara pakai shawl ini menggunakan shawl halfmoon. Sesuai dipakai untuk apa-apa majlis. Cara memakainya adalah mudah:
- Letak shawl di kepala, sebelah pendek dan sebelah panjang. Pin di fagu.
- Ambil bahagian panjang, lilit ke atas kepala. Pin di kepala.
- Kemaskan shawl mengikut keselesaan.
10. Cara pakai shawl berkepuk-kepuk
Cara nak pakai shawl ini agak sukar tetapi hasilnya sangat menarik dan unik. Sesuai digayakan dengan shawl chiffon atau shawl panjang. Caranya seperti berikut:
- Letak shawl di atas kepala, sebelah pendek dan sebelah panjang. Pin di belakang leher.
- Ambil bahagian pendek, bawa ke depan dan pin di bawah telinga. Kemaskan shawl.
- Tarik bahagian yang sama dan pin di telinga sebelah.
- Ambil shawl bahagian panjang, tarik ke atas kepala dan pin di telinga sebelah (atas bahagian yang pendek)
- Kemaskan shawl dan pin jika perlu.
Semoga perkongsian cara pakai shawl ini bermanfaat kepada anda.
Tidak kira apa cara memakai tudung shawl yang boleh cuba, pemakaian tudung adalah kewajiban bagi wanita Muslim. Lihat sahaja koleksi tudung instant muslimah yang dapat memenuhi citarasa anda.
Comments are closed